Thursday, November 25, 2010

M.Ed kohod 3 ..xpdc pertama.. team work...

setiap minit dan saat itu perlu digunakan dengan sebaiknya. ilmu memang di tuntut di universiti, tetapi ilmu di aplikasikan bersama persekitaran...  walaupun semua ahli-ahli adalah mereka yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.. tetapi setiap pengalaman tersebut perlu diadaptasi dengan situasi baru masa kini...


aktiviti xpdc yang dirancang secara bersahaja dan budget "siput" ini amat berbaloi kepada semua ahli yang berpeluang untuk menyertainya.. .. perkenalan yang baru bermula, dapat dieratkan lagi. persahabatan dan persefahaman amat penting dijalinkan untuk membolehkan semua ahli dapat melahirkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang selesa dan lancar di kelas.  


siapa sangka, sempat sampai ke Padang Besar. selalu mendengar nama tempatnya tetapi tidak pernah sampai. kini setelah sampai, bolehlah kongsi situasinya dengan mereka yang belum pernah sampai..


Hanya membayar RM3, peserta xpdc juga berpeluang untuk mencuba sesuatu yang baru seperti memandu atau menaiki kereta kuda ini.
pengalaman haruslah dicari.. walaupun hanya sedikit masa jika ianya digunakan dengan baik maka ianya lebih bermakna daripada memiliki masa yang banyak tetapi gagal memaksimumkan kualitinya.

No comments:

Post a Comment